Tuesday, October 26, 2010

Minggu 12

INTERAKSI 12-PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK

DEFINISI BROSUR :

Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

 
 

Penilaian bahasa berasaskan projek : "Power Point" ,risalah dan web

 
 

POWER POINT

• Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap.

• Menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara

professional.

• Melalui perisian asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan

menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan

ciri-ciri tambahan persembahan seperti 'background

format', 'drawing', 'colour', 'dan ciri-ciri pengawalan masa.

• Penguasaan yang baik dalam perisian ini akan memudahkan seseorang untuk

menjadi pengendali persembahan yang professional.

 
 

Matlamat dan Objektif

• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat

mampat dan memperbanyakkan bahan p&p berasaskan ICT.

• Merangsang para pelajar dan guru mencipta bahan P&P berasaskan ICT

• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

 
 

CIRI-CIRI

• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk

pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa

 
 

• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:

-Hasil ciptaan sendiri

-Berkonsepkan pembelajaran kendiri

-Berasaskan Windows

-Interaktif

 
 

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT

1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti

2. Keberkesanan kesinambungan persembahan

3. Ketepatan isi kandungan

4. Kelengkapan laporan

5. Cara penyampaian maklumat

6. Keistimewaan persembahan

7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd

8. Masa terhad untuk persembahan.

 
 

Melalui pembentangan isi

-Topik yang disampaikan

-Idea

-Persembahan paparan yang menarik ,pembinaan laras bahasa yang sesuai

-dengan audiens

-Penggunaan teknologi maklumat yang berkesan

 
 

Cara penyampaian kepada audiens

-Berkeyakinan

-Tidak membaca paparan sepenuhnya

-Memahami topik yang dibincangkan

-Dapat memahami kemahuan audiens

-Sesuai dengan golongan sasar

-Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif

-Tidak mengambil masa yang lama (padat dan tepat)

 
 

Risalah

§ Persembahan yang menarik

ú Pemilihan isi yang menarik

ú Topik yang menarik

ú Penggunaan laras bahasa yang sesuai

ú Ringkas dan padat

ú Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)

ú Menarik perhatian

ú Rekaan yang sesuai

ú Mengetahui golongan sasar yang difokus.

 
 

Halaman sesawang : web

§ Persembahan rekaan

ú Penggunaan teknologi maklumat yang efektif

ú Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman

ú Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan

sensitif

ú Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki

ú Penggunaan laras bahasa yang sesuai

ú Mempunyai maklumat tambahan

ú Mempunyai jaringan yang luas

Minggu 11

INTERAKSI 11- PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi

— Penilaian - kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.

— Penilaian- satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

 
 

PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN

TEMA : PENGALAMAN

i. KOMPETENSI ASAS

ii. INDIKATOR

iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

— Kegiatan Awal

— Kegiatan Inti

— Kegiatan Akhir

iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN

v. PENILAIAN

 
 

Huraian…

i.KOMPETENSI ASAS

— 1. PKN

1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

 
 

ii. INDIKATOR

• Menyatakan contoh hidup rukun di rumah atau di sekolah

• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun

• Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

A. KEGIATAN AWAL

1. Doa bersama

2. Absensi siswa

3. Apresiasi

A. KEGIATAN Inti

1. Menyapa teman sebaya dengan sopan

2. Membuat kalimat sapaan(lisan)

3. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)

4. Membuat kalimat Tanya dengan betul

C. KEGIATAN AKHIR

1. Siswa melaksanakan tugas portofolio

 
 

iv. METODE, SUMBER, MEDIA

a) METODE

1. Soal Jawab

2. permainan bahasa

b) SUMBER

1. Buku Tematik Kelas I(berdasarkan tema)

c) MEDIA

1. Kad bilangan 2. Kad abjad 3. Kad kata

 
 

vi. PENILAIAN

Lisan

Bertulis

Perbuatan

Portfolio

 
 

 
 

CIRI-CIRI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

1) KAEDAH JIGSAW

2) KRITIKAN TERBUKA

3) PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

 
 

Huraian…

 
 

KAEDAH JIGSAW

Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).

 
 

Kaedah jigsaw menekankan 5 perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:

• Pergantungan secara positif .

• Tanggungjawab

• Interaksi secara terus (bertentang mata)

• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian

• Penilaian kendiri secara berterusan

 
 

KRITIKAN TERBUKA

 
 

membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).

• Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.

• Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.

• Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan 5 perkara:

1)Intonasi dan kejelasan suara,

2)Keyakinan diri di khalayak ramai,

3)Kelancaran bahasa,

4) Penampilan,

5)Maklum balas terhadap soalan yang diterima.

 
 

- Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.

- Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah.

- Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar.

 
 

Penilaian Rakan Kumpulan (PRK)

Satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

 
 

MINGGU 10

INTERAKSI 10: PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

FORUM

 
 

-sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.

-dijalankan secara formal.

-teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :

1. -pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung

2. -meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.

-tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.

-soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

 
 

DEBAT

 
 

-pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.

-terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.

-huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.

-setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.

-pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.

-sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.

masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

PIDATO

huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.

pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.

hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

 
 

PANTUN

  • Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.\
  • Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
  • Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
  • Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud "umpama" dan "ibarat".
  • Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
  • Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang. Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

SAJAK

  • Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
  • Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
  • Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

CERAMAH

  • Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
  • Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
  • Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-

i) Ceramah agama

ii) Ceramah pendidikan

iii) Ceramah kesihatan

iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

SYARAHAN

  • Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :(a) Kata alu-aluan/pendahuluan(b) Kata-kata penghadapan(c) Isi(d) Penutup
  • Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
  • Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
  • Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan.

Peringkat / Langkah Kemahiran

 
 

1)Persediaan

Memahami tajuk dan kehendak soalan.

• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan

• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

 
 

2) Penulisan

Menulis perenggan pendahuluan

• Mengembangkan isi-isi secara tersusun

• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3)Penyemakan

Menyemak ejaan dan tanda baca

• Menyemak tatabahasa

• Menyemak jumlah perkataan

 
 


 

 
 

Minggu 9

INTERAKSI 9: PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran Lisan

Kemahiran Membaca

Kemahiran Menulis

 
 

PENILAIAN KEMAHIRAN LISAN

 
 

Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

 
 

Kemahiran mendengar

-Kemahiran paling asas

-Berlaku pada peringkat penerimaan

-Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.

 
 

Kemahiran bertutur

-Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi

-Peringkat penglahiran

-Perlu ditiru & diajuk

-Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

 
 

TUJUAN KEMAHIRAN LISAN

 
 

-Menyebut perkataan / ayat dgn betul

-Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.

-Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).

 
 

Kemahiran-kemahiran yg boleh diperoleh oleh murid:

 
 

-Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul

-Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.

-Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain.

-Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.

-Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.

-Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.

 
 

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

-bacaan kuat , syarahan , perbahasan , bercerita , perbincangan , hafazan , temu bual , soal jawab, nyanyian , deklamasi sajak, mendengar dan memberi respon secara lisan.

 
 

Penilaian lisan membolehkan guru:

-mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.

-mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

-mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.

-mengesan kelancaran dalam sebutan.

-mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

-Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.Cth : PLBS

 
 

Menyediakan Instrument

- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.

- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.

- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.

- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

 
 

Konsep Kemahiran Mendengar

1. Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.

2. Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat.

3. Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.

4. Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.

5. Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.

6. Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)

 
 

Peringkat Mendengar:

1. mendengar deretan bunyi

2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar

3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar

4. Bertindak terhadap bunyi

 
 

Jenis-jenis mendengar

Mendengar pasif

- Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan

- Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.

Mendengar secara bertelau-telau

- Berlaku pd pelajar bahasa ke-2

- Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut.

Mendengar tanpa tindak balas

- Mendengar tp tidak bertindak balas

- Tidak beremosi dan tidak memahami

Mendengar secara menebuk-nebuk

- Berlaku pd pelajar bahasa ibunda

- Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak

Mendengar secara beremosi

- Mendengar & mampu meransang emosi

- Merasa sesuatu dan bertindak balas

Mendengar secara berhati-hati

- Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)

- Memahami ujaran dgn tepat

Mendengar secara kritikal

- Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)

- PnP KBKK

Mendengar secara pengamatan

- Murid sudah mampu berfikir kritikal

- Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna)

Mendengar secara kreatif

- Mengulas, mengritik, menilai

- Mencapai penguasaan bahasa yg baik

 
 

Peringkat-peringkat kemahiran mendengar & contoh :

Peringkat awal

- Melakukan sesuatu yg disuruh

- Bertindak terhadap soalan-soalan mudah

- Mengecam, mengajuk & memilih bunyi

Peringkat pertengahan

- Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)

- Mengesan urutan

- Mengenal sebab dan akibat

Peringkat maju

- Mengenal isi-isi penting

- Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap

- Mentafsir maksud

- Memberitahu tekanan dan intonasi

 
 

Konsep Bertutur

- Gabungan bunyi-bunyi bahasa

- Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak)

- Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan

- Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

 
 

Aspek-aspek Pertuturan

a)Sebutan

- murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat

- Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

 
 

b)Tekanan

- Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.

- Biasanya dilakukan pada suku kata.

- Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.

- Lambangnya ialah /?/.

- Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

 
 

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)

- Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan

- Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

 
 

d) Kefasihan

- boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

 
 

e) Laras bahasa

- kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai

- melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.

- Bertujuan untuk berkomunikasi.

 
 

f) Tatabahasa

- merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.

- Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis

- fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.

- morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.

- sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.

- Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

 
 

g) Jeda

- jeda = persendian

- digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.

- Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.

- lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)

- /+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

 
 

h) Intonasi

- merupakan bunyi yang menaik atau menurun.

- juga disebut sebagai nada suara

- intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.

- intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.

 
 

I)Nada

- nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.

- nada tidak bersifak fonemik.

 
 

j) kelancaran

- bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.

- murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

Gaya Bahasa Berdasarkan Nada

Gaya yg sederhana

- Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.

- Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.

Gaya bahasa mulia & bertenaga

- Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak

- Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.

Gaya menengah

- Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai.

- Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.

- Cth situasi pesta dan rekreasi

 
 

Faktor Mempengaruhi Pertuturan

1. Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa

2. Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)

3. Fizikal – alat artikulasi

4. Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga

5. Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat

6. Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat

7. Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan alat artikulasi.

 
 

 
 

Minggu 8

INTERAKSI 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

=PROJEK DAN KERTAS KERJA

 
 

A) PENILAIAN KEMAHIRAN LISAN

 
 

• Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :

- pelajar dengan pendidik

- pelajar dengan pelajar

- pelajar dengan bahan pembelajaran

 
 

• Aspek yang boleh dinilai ialah :

- kefahaman konsep

- pengetahuan fakta

- pemikiran peringkat tinggi

- kecekapan mendengar

- penggunaan bahasa yang tepat

- kecekapan metematik

- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa

- pertuturan dan sikap

 
 

B) PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

• Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :

- karangan

- laporan projek/kerja kursus/folio

- latihan dan ujian bertulis

- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

 
 

• Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :

- kemahiran menulis

- menyusun idea

- perbendaharaan kata

- mengaplikasi

- mentafsir

- menilai

- mempertahan / menyokong hujah

- menyebar idea / buat rumusan / cadangan

 
 

 
 

Minggu 7

INTERAKSI 7: PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

 
 

PENGENALAN

 
 

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

 
 

KONSEP

 
 

-Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

-Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-

• Bentuk akhir tugasan dihasilkan

• Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)

• Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru

• Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)

• Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak

-Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

 
 

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

 
 

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-

• mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri

• kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya

• bukti menunjukkan objektif tercapai

• bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai

• Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri

• Menghasilkan kerja yang terancang

• Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

 
 

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?

Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-

1. Penilaian objektif tugasan

• Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU

• Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU

• Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

2. Hasil Pembelajaran

• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)

• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

3. Penilaian

• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

• Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU

• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny

 
 

FORMAT / BENTUK KONTRAK

Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

PERINGATAN:

Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

 
 

 
 

MINGGU 6

INTERAKSI 6: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

 
 

1. PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

2. PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

 
 

PORTFOLIO

 
 

-Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

 
 

Ciri-ciri Portfolio

 
 

1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif

3. Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.

5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Jenis Portfolio

1. Porfolio kerja harian

Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

2. Portfolio hasil terbaik

Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif.

3. Portfolio dokumen.

Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

 
 

Penilaian Portfolio

1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang.

2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

 
 

Kepentingan Portfolio

1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.

2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar

3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.

4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

 
 

Perancangan Portfolio

1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.

2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.

3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.

4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

 
 

Penilaian bagi Portfolio

1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.

2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.

3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

 
 

Merekod Penilaian Portfolio

- Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.

- Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penentuan gred.

 
 

Kriteria penilaian

1. Struktur dan organisani

2. Strategi pengurusan

3. Variasi isi yang sesuai

4. Struktur ayat dan gaya bahasa

5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.

6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiapnota anekdot dan refleksi pelajar.

8. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan

 
 

2. PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

1. Kualiti Pemerhatian

- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.

- Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.

- Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

- Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.

- Tekal dan stabil dalam penilaiannya

2. Bentuk perancangan

- Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.

- Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.

- Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

 
 

3. Merekod penilaian pemerhatian

- Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:

- Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan

- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas

- Menjalankan Tugasan

- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .

- Cara merekodkan dapatan dan rumusan

- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

- Tindakan Susulan

- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

 
 

4. Jenis Pemerhatian

- Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.

- Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.

- Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

- Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

 
 

5. Strategi pelaksanaan

- Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.

- Menggunakan senarai semak.

- Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian

- Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan

- Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.

- Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

 
 

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

 
 

- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.

- Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

 
 

 
 

MINGGU 5

INTERAKSI 5: JENIS PENILAIAN BAHASA


Terdapat dua jenis ujian iaitu:


1. Ujian bakat

-Digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Pada umumnya, ujian bakat ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

I. Ujian bakat berasaskan kepada kajian besar-besaran

II.berasaskan keperluan tertentu


-Bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.

-Digunakan untuk memilih calon yang sesuai dengan tugasa-tugas tertentu kemasukan ke program latihan dan sebagainya.


2. Ujian pencapaian

-Digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru yang meliputi pengetahuan kefahaman dan aplikasi. ujian ini juga dapat menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi tajuk-tajuk yang diuji

.

-Dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

I.ujian rujukan norma

II.ujian rujukan kiteria


JENIS-JENIS PENILAIAN


-Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif.

-Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar.

-Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.


Penilaian formatif


-digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar.

-dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya.

-sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan

-dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.

-boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.

-Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oleh guru:

• menentukan tajuk pengajaran

• menentukan aspek penguasaan

• menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk

• membina soalan ujian

• mencadangkan tindakan susulan


Penilaian sumatif


-digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester.

-lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar.

-tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian, tetapi gred yang diperoleh boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian dikalangan pelajar.

-penilaian suamtif juga dapat dijadikan petunjuk samada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.pi untuk memberikan gred kepada mereka.

-Gred yang diperoleh boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian dikalangan pelajar. penilaian suamtif juga dapat dijadikan petunjuk samada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.


Bagi memastikan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diambil semasa menggubal ujian:

1. membentuk jadual penentu ujian

2. membina soalan

3. mengumpul soalan secara sistematik

4. menguji soalan melalui kajian rintis

5. menyiapkan skema pemarkahan


.3 Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik


Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.


Ujian Pencapaian


Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.


Ujian Kecerdasan


Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.


Ujian Prestasi


Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian.


3.4 Penilaian Alternatif


Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional. Penilaian pengajaran di universiti sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar. Sebagai contoh, pensyarah boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui portfolio yang disediakan oleh pelajar. Penilaian alternatif ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus dan tidak dibincangkan dalam modul ini.



1 Penilaian Sumatif

Sebahagian besar penilaian di institusi pengajian tinggi melibatkan ujian pensel dan kertas. Penilaian ini kebiasaannya membawa peratusan yang besar terutama bagi program pra siswazah. Peratusan yang diamalkan dalam penilaian sumatif kebiasaannya berada dalam lingkungan 50% – 70%. Pemberatan penilaian sumatif bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh fakulti. Bagi menghasilkan ujian sumatif yang bermutu yang berkualiti, lima langkah perlu diambil kira seperti berikut:


• Merancang ujian

• Menggubal soalan

• Memilih dan menyelaraskan soalan

• Memprauji soalan

• Menyediakan kertas soalan


Merancang Ujian


Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Pada tahap ini, kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan pentingnya setiap tajuk/subtajuk dalam kandungan sukatan pelajaran berkenaan. Antara aspek yang perlu dianalisis termasuklah yang berikut:


a) Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu tajuk

b) Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk

c) Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain

d) Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk

e) Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu tajuk


Maklumat di atas penting kepada penggubal soalan kerana maklumat itu menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan yang perlu dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk.


Di samping itu, analisis perlu juga dibuat terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom. Huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 4.1.


Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka. Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat kemahiran. JSU ini akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. JSU yang lengkap dibina akan menjadi panduan kepada penggubal soalan. Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka ujian yang dibina adalah:


a) sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya,

b) stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari setahun ke setahun,

c) sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun ujian dibina oleh orang yang berlainan.


Penilaian Formatif


Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.


Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai "menguasai" atau "tidak menguasai" sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.


Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa mengenai tujuan penilain formatif iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akhirnya membantu mempertingkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan.


Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oelh guru:


• menentukan tajuk pengajaran

• menentukan aspek penguasaan

• menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk

• membina soalan ujian

• mencadangkan tindakan susulan



Minggu 4

INTERAKSI 4

JADUAL INDEKS KESUKARAN

Indeks Kesukaran (IK) Pentafsiran Keputusan

IK < 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai

0.3 ≤ IK ≤ 0.8 Sederhana Diterima

IK > 0.8 Terlalu rumit


PEMBINAAN UJIAN OBJEKTIF

• Merupakan item respons tetap iaitu memilih satu jawapan yang disediakan.

• Mempunyai pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.

• Ketelusan dan ketepatan dalam memberi markah.

• Mengandungi item salah-betul, ya atau tidak, setuju

Item Padanan

• Mengandungi dua kumpulan objek atau perkara ynag berkaitan.

• Dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek atau perkara disebelah kanan.

Item aneka pilihan

• Mengandungi satu pokok persoalan dan beberapa pilihan jawapan

• Boleh dalam ayat yang tidak lengkap atau pernyataan.

• Harus mempunyai pokok soalan dan jawapan yang hampir sama untuk tujuan mengelirukan.

• Pengganggu (jawapan yang mengelirukan) jangan buat di awal soalan.

• Item ayat tidak lengkap.

Item salah-betul

• Item yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu betul: betul (B) atau salah (S).

• Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada pernyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

• Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya melibatkan penerimaan atau penafian.

Item jenis cantuman

• Cantuman jenis sesuai atau tidak sesuai

• Tidak digalakkan lebih daripada 20% sekurang-kurangnya 4 soalan sahaja.



SOALAN SUBJEKTIF

• Merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema.

• Item jenis struktur ialah suatu item tindak balas terhad iaitu mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon. Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.

• Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta, menilai fakta, mengatur idea dan mengembeling idea-idea secara logik hingga menghasilkan jawapan yang asli.


CONTOH SOALAN


PENGETAHUAN


  • Bilakah Hari Buruh di sambut?
    • A. 1 Jun
    • B. 1 Mei
    • C. 1 Ogos
    • D. 1 March


  • Kereta apakah merupakan kereta nasional yang pertama di Malaysia?
    • A. BMW
    • B. Naza Kia
    • C. Proton Saga
    • D. Perodua Kancil


KEFAHAMAN


Tulisan Ah Chong seperti cakar ayam. Hal ini menyebabkan cikgu sukar untuk membaca karangan yang ditulis oleh Ah Chong.


  • Apakah yang di maksudkan dengan 'cakar ayam' yang terdapat dalam petikan di atas?
    • A. Kaki ayam.
    • B. Sejenis kuih.
    • C. Tulisan yang berangkai.
    • D. Tulisan yang tidak kemas.


APLIKASI


  • Di antara yang berikut, yang manakah merupakan ucapan yang menunjukkan tanda penghargaan ?
    • A. Tahniah.
    • B. Cuba lagi.
    • C. Terima kasih.
    • D. Teruskan usaha.


ANALISIS


  • Apakah perbezaan di antara ayat tunggal dan ayat dasar?

Cadangan jawapan:

Ayat tunggal : tidak ada pola, boleh terdiri daripada frasa.

Ayat dasar : mempunyai pola ayat dasar, menjadi inti kepada ayat yang lebih kompleks.


SINTENSIS

  • Susunkan pantun di bawah mengikut urutan yang betul.


  • Saya budak baru belajar
  • Ambil galah tolong jolokkan
  • Buah cempedak diluar pagar
  • Kalau salah tolong tunjukkan






  • A. i,ii,iii & iv.
  • B. iii,I,ii & iv.
  • C. ii,iii,i & iv.
  • D. iii,ii,I & iv.


PENILAIAN


Teman, Seorang sahabat adalah seorang yang berkongsi idea dan menjadi pendorong serta sedia membantu semasa diri hilang pertimbangan.

Teman, kejayaan memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan perlukan kesetiaan.

Teman, Hadirmu tepat pada masanya, Segala sepi, rindu, sedih, sayu jauh menghilang ditelan pelangi kemesraan.





  • Berdasarkan petikan di atas. Jelaskan apakah kepentingan sahabat kepada kita?

Cadangan jawapan:

  • sahabat merupakan pendorong semangat kepada kita.
  • Sebagai insan yang membantu kita untuk mencapai kejayaan.
  • Sebagai orang yang memberikan nasihat kepada kita.





MINGGU 3


INTERAKSI KE-3 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)s

DEFINISI

Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Merupakan penyediaan rancangan item/soalan. Juga dikenali sebagai "Test Blue Print" dan "Test Specification". JSU merupakan matrik yang terdiri daripada dua paksi: paksi "kandungan" (menegak) dan paksi "Aras kemahiran" (melintang).


Maklumat dalam JSU

Kandungan ujian yang berupa topik-topik pelajaran. Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 %-80 %.


Kepentingan JSU

  1. Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
  2. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
  3. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
  4. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
  5. Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
  6. Memberi panduan untuk membentuk soalan.
  7. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  8. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
  9. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.


    Contoh JSU

Bentuk soalan

Objektif

Kemahiran

Kognitif

Bidang/Topik/Topik kecil

1

2

3

4

5

6

Jumlah Item

1.1

Golongan Kata Nama

4

Kata Nama Khas

2

Kata Nama Am

1

Kata Ganti Nama

1

1.2

Golongan Kata Kerja

2

Kata Kerja Tak Transitif

1

Kata Kerja Transitif

1

1.3

Golongan Kata Adjektif

2

2

1.4

Golongan Kata Tugas

1

1

2

Jumlah

10


Maklumat daripada contoh JSU tersebut memberi gambaran kasar tentang perkara yang hendak diuji iaitu yang seterusnya memenuhi 4 syarat JSU iaitu:

  1. Ujian tidak dibina sembarangan
  2. Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji
  3. Memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian
  4. Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.


    Langkah-langkah membina JSU


    Langkah 1:

    Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji


    Langkah 2:

    Tentukan soalan yang akan dibina itu.

    1. Soalan objektif (30 soalan)
    2. 1 markah bagi 1 item
    3. Jumlah soalan bagi setiap topik dikira



    Langkah 3:

    Tentukan model aras kesukaran item.



    Taksonomi Bloom digunakan bagi menentukan aras soalan.

    3 domain- kognitif -Kognitif

    afektif

    psikomotor

    Domain kognitif

    6. Penilaian

    5. Sintesis

    4. Analisis

    3. Aplikasi

    2. Kefahaman

    1. Pengetahuan

    * aras 1 merupakan aras yang paling senang, manakala aras 6 merupakan aras yang paling susah yang memerlukan pemikiran yang tinggi


    Langkah 4:

    Apakah jenis ujian yang akan diuji?

    Ujian objektif

    Ujian struktur

    Ujian esei

    Dan lain-lain.


    Langkah 5:

    Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)

    Penentuan aras kesukaran soalan (soalan-soalan sukar)

    Pemarkahan.


    Langkah 6:

    Menyatakan mata pelajaran.

    Tingkatan.

    Susunan nombor soalan mengikut tajuk.


    UJIAN PRA

  • Bilangan pelajar tidak terlalu banyak.
  • Dibuat setelah soalan disemak
  • Menentukan kesahan.
  • Kebolehpercayaan
  • Keboletadbiran-boleh diuruskan oleh pihak sekolah.
  • Kemudahtafsiran untuk analisis/ pentafsiran soalan
  • Maklumat dari ujian pra boleh membantu guru memperbaiki kelemahan.


KONSEP INDEKS KESUKARAN (IK)

Menentukan jenis soalan sama ada sukar, sederhana atau mudah.

Formula

IK=Bilangan calon menjawab betul (B)

Jumlah calon yang menduduki ujian(J)

Bilangan calon yang ramai

IK= BT + BR

Jumlah

BT=jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab soalan dengan betul

BR=jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab soalan dengan betu