INTERAKSI KE-3 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)s
DEFINISI
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Merupakan penyediaan rancangan item/soalan. Juga dikenali sebagai "Test Blue Print" dan "Test Specification". JSU merupakan matrik yang terdiri daripada dua paksi: paksi "kandungan" (menegak) dan paksi "Aras kemahiran" (melintang).
Maklumat dalam JSU
Kandungan ujian yang berupa topik-topik pelajaran. Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 %-80 %.
Kepentingan JSU
- Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
- Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
- Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
- Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
- Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
- Memberi panduan untuk membentuk soalan.
- Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
- Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
- Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.
Contoh JSU
| Bentuk soalan | Objektif |
|
|
|
|
|
|
| Kemahiran | Kognitif |
|
|
|
|
|
|
| Bidang/Topik/Topik kecil | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | Jumlah Item |
1.1 | Golongan Kata Nama |
|
|
|
|
|
| 4 |
| Kata Nama Khas | 2 |
|
|
|
|
|
|
| Kata Nama Am |
| 1 |
|
|
|
|
|
| Kata Ganti Nama |
| 1 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
1.2 | Golongan Kata Kerja |
|
|
|
|
|
| 2 |
| Kata Kerja Tak Transitif | 1 |
|
|
|
|
|
|
| Kata Kerja Transitif |
| 1 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
1.3 | Golongan Kata Adjektif | 2 |
|
|
|
|
| 2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
1.4 | Golongan Kata Tugas | 1 | 1 |
|
|
|
| 2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Jumlah |
|
|
|
|
|
| 10 |
Maklumat daripada contoh JSU tersebut memberi gambaran kasar tentang perkara yang hendak diuji iaitu yang seterusnya memenuhi 4 syarat JSU iaitu:
- Ujian tidak dibina sembarangan
- Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji
- Memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian
- Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.
Langkah-langkah membina JSU
Langkah 1:
Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah 2:
Tentukan soalan yang akan dibina itu.
- Soalan objektif (30 soalan)
- 1 markah bagi 1 item
- Jumlah soalan bagi setiap topik dikira
Langkah 3:
Tentukan model aras kesukaran item.
Taksonomi Bloom digunakan bagi menentukan aras soalan.
3 domain- kognitif -Kognitif
afektif
psikomotor
Domain kognitif
6. Penilaian
5. Sintesis
4. Analisis
3. Aplikasi
2. Kefahaman
1. Pengetahuan
* aras 1 merupakan aras yang paling senang, manakala aras 6 merupakan aras yang paling susah yang memerlukan pemikiran yang tinggi
Langkah 4:
Apakah jenis ujian yang akan diuji?
Ujian objektif
Ujian struktur
Ujian esei
Dan lain-lain.
Langkah 5:
Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)
Penentuan aras kesukaran soalan (soalan-soalan sukar)
Pemarkahan.
Langkah 6:
Menyatakan mata pelajaran.
Tingkatan.
Susunan nombor soalan mengikut tajuk.
UJIAN PRA
- Soalan objektif (30 soalan)
- Bilangan pelajar tidak terlalu banyak.
- Dibuat setelah soalan disemak
- Menentukan kesahan.
- Kebolehpercayaan
- Keboletadbiran-boleh diuruskan oleh pihak sekolah.
- Kemudahtafsiran untuk analisis/ pentafsiran soalan
- Maklumat dari ujian pra boleh membantu guru memperbaiki kelemahan.
KONSEP INDEKS KESUKARAN (IK)
Menentukan jenis soalan sama ada sukar, sederhana atau mudah.
Formula
IK=Bilangan calon menjawab betul (B)
Jumlah calon yang menduduki ujian(J)
Bilangan calon yang ramai
IK= BT + BR
Jumlah
BT=jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab soalan dengan betul
BR=jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab soalan dengan betu
No comments:
Post a Comment