INTERAKSI 4
JADUAL INDEKS KESUKARAN
Indeks Kesukaran (IK) Pentafsiran Keputusan
IK < 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai
0.3 ≤ IK ≤ 0.8 Sederhana Diterima
IK > 0.8 Terlalu rumit
PEMBINAAN UJIAN OBJEKTIF
• Merupakan item respons tetap iaitu memilih satu jawapan yang disediakan.
• Mempunyai pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.
• Ketelusan dan ketepatan dalam memberi markah.
• Mengandungi item salah-betul, ya atau tidak, setuju
Item Padanan
• Mengandungi dua kumpulan objek atau perkara ynag berkaitan.
• Dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek atau perkara disebelah kanan.
Item aneka pilihan
• Mengandungi satu pokok persoalan dan beberapa pilihan jawapan
• Boleh dalam ayat yang tidak lengkap atau pernyataan.
• Harus mempunyai pokok soalan dan jawapan yang hampir sama untuk tujuan mengelirukan.
• Pengganggu (jawapan yang mengelirukan) jangan buat di awal soalan.
• Item ayat tidak lengkap.
Item salah-betul
• Item yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu betul: betul (B) atau salah (S).
• Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada pernyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.
• Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya melibatkan penerimaan atau penafian.
Item jenis cantuman
• Cantuman jenis sesuai atau tidak sesuai
• Tidak digalakkan lebih daripada 20% sekurang-kurangnya 4 soalan sahaja.
SOALAN SUBJEKTIF
• Merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema.
• Item jenis struktur ialah suatu item tindak balas terhad iaitu mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon. Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.
• Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta, menilai fakta, mengatur idea dan mengembeling idea-idea secara logik hingga menghasilkan jawapan yang asli.
CONTOH SOALAN
PENGETAHUAN
- Bilakah Hari Buruh di sambut?
- A. 1 Jun
- B. 1 Mei
- C. 1 Ogos
- D. 1 March
- A. 1 Jun
- Kereta apakah merupakan kereta nasional yang pertama di Malaysia?
- A. BMW
- B. Naza Kia
- C. Proton Saga
- D. Perodua Kancil
- A. BMW
KEFAHAMAN
|
| |
Tulisan Ah Chong seperti cakar ayam. Hal ini menyebabkan cikgu sukar untuk membaca karangan yang ditulis oleh Ah Chong. | ||
- Apakah yang di maksudkan dengan 'cakar ayam' yang terdapat dalam petikan di atas?
- A. Kaki ayam.
- B. Sejenis kuih.
- C. Tulisan yang berangkai.
- D. Tulisan yang tidak kemas.
- A. Kaki ayam.
APLIKASI
- Di antara yang berikut, yang manakah merupakan ucapan yang menunjukkan tanda penghargaan ?
- A. Tahniah.
- B. Cuba lagi.
- C. Terima kasih.
- D. Teruskan usaha.
- A. Tahniah.
ANALISIS
- Apakah perbezaan di antara ayat tunggal dan ayat dasar?
Cadangan jawapan:
Ayat tunggal : tidak ada pola, boleh terdiri daripada frasa.
Ayat dasar : mempunyai pola ayat dasar, menjadi inti kepada ayat yang lebih kompleks.
SINTENSIS
- Susunkan pantun di bawah mengikut urutan yang betul.
|
|
|
|
- A. i,ii,iii & iv.
- B. iii,I,ii & iv.
- C. ii,iii,i & iv.
- D. iii,ii,I & iv.
PENILAIAN
Teman, Seorang sahabat adalah seorang yang berkongsi idea dan menjadi pendorong serta sedia membantu semasa diri hilang pertimbangan. Teman, kejayaan memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan perlukan kesetiaan. Teman, Hadirmu tepat pada masanya, Segala sepi, rindu, sedih, sayu jauh menghilang ditelan pelangi kemesraan.
|
- Berdasarkan petikan di atas. Jelaskan apakah kepentingan sahabat kepada kita?
Cadangan jawapan:
- sahabat merupakan pendorong semangat kepada kita.
- Sebagai insan yang membantu kita untuk mencapai kejayaan.
- Sebagai orang yang memberikan nasihat kepada kita.
No comments:
Post a Comment